Pengenalan
Surau
sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai
tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu
atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau
juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman
yang benar mengenai agama Islam.
Sehubungan
itu, Surau Ibnu Kathir SMK Agama Igan telah mengorak langkah menyusun pelbagai
program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat bagi memastikan
pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program
membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus
ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di
surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.
VISI
Pusat
Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia & Akhirat
MISI
Merelisasikan
Fungsi Surau sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar
Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran.
MATLAMAT
1.
Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan solat berjemaah
2.
Melaksanakan program-program penghayatan Islam seperti
a)
Ceramah agama
b)
Majlis tahlil dan bacaan Yaasin
c)
Maulidur Rasul
d)
Israk Mikraj
e)
Nisfu Syaa’ban
f)
Ihya ramadhan (IHRAM)
g)
Lain-lain aktiviti berkaitan
3.
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta Amali Pend. Islam
4.
Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran
al-Qur’an dan al-Sunnah.
OBJEKTIF
1.
Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan
berkesan.
2.
Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik
3.
Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan
masa sebaik-baiknya
4.
Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul
5.
Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa
6.
Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan
insan
No comments:
Post a Comment